KES penyeludupan gajah Afrika dijangka mendominasi perjanjian yang bakal dibincangkan pada
Konvensyen Perdagangan Antarabangsa Spesies Terancam (CITES) di Bangkok, Thailand.

Kisah gajah Asia pula jarang sekali diperkatakan walaupun spesies tersebut turut diancam rangkaian
penyeludup yang rakuskan keuntungan. Permintaan terhadapnya difahamkan bertujuan memenuhi
kehendak industri pelancongan Thailand.

Hampir 4,000 ekor gajah domestik diperlukan bagi mengisi taman haiwan dan zoo di Thailand. Haiwan
itu dilatih untuk tujuan persembahan seperti berjalan di atas tali, bermain bola sepak dan pertandingan
melukis.

Aktivis pemuliharaan menyalahkan industri pelancongan negara itu kerana menggunakan haiwan yang
haram untuk diseludup bagi menjayakan perniagaan yang sah.

"Mereka yang menggelar diri sebagai badan penyelamat amal juga cuba untuk membeli gajah-gajah
ini," ujar John Roberts daripada Yayasan Golden Triangle Asian Elephant yang telah menghentikan
aktiviti membeli gajah sejak tujuh tahun lalu.

Penggunaan gajah domestik dalam sektor pelancongan Thailand mula berkembang selepas kegiatan
pembalakan diharamkan di negara itu pada tahun 1989. Kebanyakan bekas pembalak yang kehilangan
mata pencarian menjadikan gajah sebagai alat utama bagi menarik pelancong.

Penyeludupan
Kini hanya 2,000 ekor gajah tinggal di habitat asal mereka. Sementara itu, harga bagi seekor anak
gajah dianggarkan bernilai 500,000 baht (RM52,169) sehingga dua juta baht (RM208,663).

Menurut Roberts, bilangan anak gajah yang diperoleh untuk tujuan pelancongan jauh lebih tinggi
berbanding jumlah pembiakan asal lalu menimbulkan banyak tanda tanya.

"Saya tidak nampak cara lain membeli seekor gajah tanpa melibatkan penyeludupan," tambah Roberts.
Berdasarkan anggaran British charity Elephant Family, kira-kira 50 sehingga 100 ekor anak gajah atau
gajah betina muda liar dijual dari Myanmar setiap tahun.

Ketua badan pemuliharaan, Dan Bucknell memberitahu, majoriti gajah yang diseludup dibawa masuk ke
pasaran Thailand. Sebilangan kecil gajah turut diseludup ke negara lain.

"Thailand sememangnya hab bagi gajah seludup," ujar Bucknell.
Menyeludup mamalia bersaiz besar secara teorinya memerlukan rancangan mampan bagi
mengelakkan ditahan polis. Namun menurut penyelidik perdagangan hidupan liar Universiti Oxford
Brookes, Vincent Nijman, realiti yang berlaku menyaksikan keberanian penyeludup menggunakan jalan
biasa bagi membawa masuk haiwan tersebut.

"Gajah-gajah dibawa masuk menggunakan trak ataupun dengan berjalan kaki sahaja. Ia dilakukan di
hadapan pegawai kastam dan pengawal sempadan yang turut bersubahat dengan jenayah tersebut,"
dedah Nijman.

Permintaan tinggi terhadap gajah Asia tidak hanya mengancam habitat kira-kira 4,000 sehingga 5,000
ekor gajah liar di Myanmar, malah ia turut memberi kesan kepada populasi gajah di Laos.

Gilles Maurer daripada kumpulan ElephantAsia menyatakan, gajah muda domestik yang dieksport
merentasi sempadan membuatkan populasi lingkungan 480 haiwan merosot.

Laos yang dikenali sebagai tanah bagi jutaan gajah kini hanya memiliki kira-kira 300 sehingga 500 ekor
gajah. Tambah Maurer, penurunan populasi haiwan domestik itu berkemungkinan mendorong
penyeludup mendapatkan pertolongan daripada kumpulannya.

Serbuan pihak berkuasa
Tahun lalu, pihak berkuasa Thailand menjalankan beberapa serbuan ke atas beberapa taman haiwan
dan berjaya merampas 25 ekor gajah. Daripada jumlah tersebut, 19 ekor masih berada di bawah
perlindungan pihak berkuasa.

"Terdapat kemungkinan besar bahawa 19 ekor gajah yang dirampas itu adalah hasil penyeludupan,"
jelas renjer hutan, Pradung Jitraon daripada jabatan Taman Negara Thailand yang terlibat dengan
operasi tersebut.

Wakil daripada Tabung Hidupan Liar Sedunia, Petch Manopawitr menyatakan, kumpulan aktivis amat
mengalu-alukan inisiatif seperti rampasan tersebut tetapi ia juga memerlukan tindakan lebih meluas.
Manopawitr menambah, sistem sedia ada masih tidak efektif.

"Thailand memerlukan kawalan lebih ketat dan pengawasan populasi yang lebih telus terutama terhadap
anak gajah yang baru dilahirkan," ujar Manopawitr yang mencadangkan supaya pangkalan data
diwujudkan untuk gajah menggunakan ujian asid Deoksiriribonukleik (DNA) atau mikrocip.

Tambah beliau, sistem tersebut membuatkan pelancong yang datang melihat gajah di taman-taman
haiwan berasa selamat, kerana yakin gajah yang berada di situ tidak mengancam populasi hidupan liar.

No comments:
Post a Comment