"Cepatlah sikit, jangan buang masa", tegur seorang guru yang terlibat. Namun apa yang pasti keadaan mereka masih seperti yang diperhatikan.Beginilah keadaan para pelajar sekarang, situasi ini merupakan peluang untuk mereka bersantai dan melengah-lengahkan masa yang sememangnya terhad.
Isunya sekarang; ada pro dan kontranya apabila para pelajar diminta membuka kasut apabila masuk ke bilik-bilik khas. Keadaan akan menjadi lebih lambat apabila pelajar diminta membuka kasut. Proses membuka dan memakai semula kasut akan mengambil masa lebih kurang sepuluh minit daripada waktu pembelajaran. Kalau waktu pembelajaran 30 minit dah tinggal 20 minit sahaja lagi.
Kalau dibiarkan memakai kasut masuk ke dalam bilik khas berkenaan....... lagi banyak kerja yang terpaksa dilakukan. Kebanyakan murid tidak sedar mereka membawa kotoran ke dalam bilik berkenaan dan disertakan pula dengan aroma yang tidak menyenangkan. Lantai mesti disapu setiap kali selesai waktu pembelajaran.
Jika difikirkan kedua-duanya sama sahaja. Apa yang paling penting ialah sikap pelajar yang sepatutnya tahu tentang disiplin diri. Aoakah ikrar dan rukun negara yang dilafazkan setiap pagi Isnin di tapak perhimpunan tidak memberi kesan?. Marilah sama-sama kita membendung masalah yang boleh menjadi racun dan penyakit yang bisa menular sehingga tidak dapat dikawal lagi.
o/s: Inilah kelas yang dimarah oleh Guru Besar pada suatu waktu dahulu ketika waktu terakhir hari Jumaat.
No comments:
Post a Comment