Sunday, March 25, 2012

Pembelajaran Maya; Sains Siri 3

MARI BELAJAR SAINS ; STRATEGI MENJAWAB SOALAN BAHAGIAN B

Oleh: cg_abdullah

MENGENAL PEMBOLEHUBAH

Terdapat 3 pembolehubah yang perlu dikenalpasti dalam menjawab soalan-soalan sains Bahagian B iaitu

a) Pembolehubah Manipulasi (diubah)

b) Pembolehubah Bergerakbalas (diukur)

c) Pembolehubah Malar (tetap).

PERSOALAN?

Apakah perbezaan antara ketiga-tiga pembolehubah terebut ?

Bagaimana nak mengenalpasti setiap pembolehubah berkenaan ?

Manpulasi (Diubah)

Bergerakbalas (Diukur)

Malar (Ditetapkan)

“Perkara” atau “maklumat” yang sentiasa

berbeza (tidak sama)

pada bahan yang digunakan sebelum dan sepanjang eksperimen atau penyiasatan

“Perkara” atau “maklumat” yang berbeza (tidak sama)

pada bahan yang diperhatikan diakhir eksperimen atau penyiasatan.

Ada juga yang merujuk kepada keputusan penyiasatan

“Perkara” atau “maklumat” yang mesti

sama (tidak berubah)

pada bahan yang digunakan sebelum dan sepanjang eksperimen atau penyiasatan

Kaedah penulisan yang betul :

Sebaiknya nyatakan 2 perkara utama dalam jawapan anda iaitu maklumat dan bahan yang digunakan dalam penyiasatan.

Contoh : masa diambil memanaskan air


Bina kefahaman melalui penyiasatan ini..

Contoh 1 :

Kertas A dan B hendak dilepaskan ke bawah, yang manakah akan jatuh lebih cepat ? Berikan sebab bagi jawapan anda.

Berikut adalah jadual pemerhatian yang direkodkan

Kertas

Tempoh masa kertas jatuh

A

5 saat

B

7 saat

Sebelum menjalankan eksperimen mari kita buat sedikit perbandingan melalui persamaan dan perbezaan. (Ini adalah strategi mencari pembolehubah dan ‘point’ untuk mendapat jawapan inferens)

Persamaan

Perbezaan

Bentuk kertas

Saiz kertas

Tinggi kertas dilepaskan

Tempoh masa kertas jatuh

**Tebal kertas

**Berat kertas

**Jenis kertas

Tempat penyiasatan


** Maklumat yang tidak Nampak boleh menjadi panduan untuk jawapan soalan inferens


Soalan a)

Nyatakan apa yang diubah (pembolehubah manipulasi)

Jawapan

= Saiz kertas yang dilepaskan.

= Saiz kertas tidak sama


Jawapan salah

= kertas

= kertas yang dilepaskan

= saiz

INGAT !! kaedah penulisan ialah

____tempoh masa____ ___kertas jatuh___

( maklmat ) ( bahan )


­­­­­­

Soalan b)

Nyatakan apa yang diukur (pembolehubah bergerakbalas)

Jawapan

= Tempoh masa kertas yang dilepaskan jatuh

= Tempoh kertas yang dilepaskan jatuh

= Masa kertas kertas yang dilepaskan jatuh

= Masa kertas jatuh

= Tempoh kertas jatuh


Ramai pelajar yang menjawab : masa yang diambil

** Jawapan yang diberikan betul tetapi berisiko kerana ia boleh membawa maksud yang kurang tepat.

** Jika hendak mempersoalan jawapan

: masa apa yang diambil ?

: masa siapa yang diambil ?

: masa dilepaskankah yang diambil ?


** Oleh itu para pelajar hendaklah memberikan jawapan yang menepati criteria yang dimaksdukan.

Jawapan salah

= kertas

= kertas yang dilepaskan

= saiz


Soalan c)

Nyatakan apa yang ditetapkan (pembolehubah malar)

Jawapan

= Bentuk kertas yang dilepaskan

= Tinggi kertas dilepaskan

= Berat kertas kertas yang dilepaskan

= Tebal kertas

= Jenis kertas

= Tempat penyiasatan


Jawapan salah

= kertas

= kertas yang dilepaskan

= saiz

= bentuk

= jenis

INGAT !! kaedah penulisan ialah

____(maklumat )____ ___( bahan_)___



Setakat ini dulu, Siri seterusnya akan dipaparkan beberapa latihan pengukuhan untuk pembolehubah..... Jumpa lagi!!

No comments:

Post a Comment