Wednesday, September 14, 2022

Penutupan Bulan Kemerdekaan

 https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2026044337581531&id=100004910111281&mibextid=pwzuuw

Tuesday, August 23, 2022

ANUGERAH PUSAT SUMBER SEKOLAH NEGERI SEMBILAN

 

Anugerah Pusat Sumber Sekolah Negeri Sembilan..

Alhamdulillah, Alhamdulillah dan Alhamdulillah....

Selesai penilaian Pusat Sumber Sekolah Peringkat Negeri Sembilan..

Pelbagai cabaran sepanjang mempersiapkan sebelum penilaian tadi..
Namun semuanya dapat diselesaikan dengan baik hasil daripada semua warga SKTTJ2..

Anda memang Awesome!!!

Ucapan terima kasih atas usaha dan kerjasama semua pentadbir, Team PSS AL-FARABI, guru-guru, kontraktor kebersihan, murid-murid dan semua barisan yang menyumbang dari belakang tabir..

Semoga berkat kebaikan dan sumbangan yang diberikan oleh pelbagai pihak dibalas oleh Allah dengan balasan nikmat yang tidak terhingga..amiin..

#upsomban
#SKTTJDUA
#krewtvpss
#TVPSSSKTTJ2



#AFTV
#teampantun
#pembacadoa
#teampidato
#teambercerita
#teampengakapkanakkanak
#TeamPSS
#USTP
#perpustakaannegerinegerisembilan
#UiTM
#ppdseremban
#kontraktorkebersihan
#kantin
#teamkafa
#awesome
#bestmoment

Friday, August 19, 2022

Lawatan penandaarasan SK Runchang

 






Mari kuasai sifir dengan seronok

        Penguasaan sifir sangat membantu dalam memahami matematik dengan baik. Murid-murid SKTTJ2 perlulah sentiasa ingin meningkatkan penguasaan sifir dirumah. Di sini cikgu berkongsi cara untuk hafal sifir sendiri di rumah.

        Di sifirdarab.com murid-murid boleh dapat membuat latihan bagi semua sifir. Soalan aritmetik jelas dan mudah supaya murid-murid boleh mula berlatih sifir dengan segera. 

    Pilih salah satu sifir darab yang murid-murid mahu buat daripada senarai yang ditunjukkan dan murid-murid akan diuji kepantasan sifir. Selain itu guru-guru juga boleh cetak lembaran kerja yang hebat. 

    Murid-murid boleh melawat laman berikut untuk menghafal sifir :

https://www.sifirdarab.com/




Pelancaran Program Sekolahku Sejahtera

 






Bacaan Yaasin

     Pada setiap pagi jumaat SKTTJ2 masih mengekalkan amalan bacaan yaasin beramai-ramai di Dataran Perhimpunan sekolah. Semoga dengan niat suci dan murni ini warga SKTTJ2 sentiasa dibawah rahmatNYa dan sentiasa mendapat keberkatan atas setiap yang dilakukan.

    




Thursday, August 18, 2022

Hari Matematik (Rhyme Times)

 Aktiviti hari ini bersama cikgu Rozita dimana cikgu Rozita memperkenalkan Rhyme time. Rhyme Time adalah salah satu cara mudah untuk menguasai sifir. Sifir sangat penting dalam matematik. Sebenarnya banyak kaedah untuk menguasai sifir, yang penting murid-murid perlulah rajin.


                                                                          Cikgu Rozita



TERIMA KASIH CIKGU AZAH AYOB

         Ucapan Salam Perpisahan Kepada Seorang Sahabat, Seorang Guru yang paling lama berkhidmat di SKTTJ2.

    Salam perpisahan adalah ucapan yang paling berat nak dituturkan, terkadang kelu lidah nak berbicara dan ada ketika hanya airmata menjadi gantinya. Terutamanya, bila kita kena berucap kepada orang yang kita sayang. Aduh.. memang langsung hilang kata-kata.

    Terima kasih sahabatku! Di sini ada tawa, duka, penat dan lelah yang pernah kita lalui bersama. Semoga ia tak menjadikan kita semakin jauh akibat perpisahan ini. Semoga masih ada bahagia dan rindu saat kita bertemu nanti. Selamat dan suksess di tempat baru. 

     Selamat jalan sahabatku! Masa mungkin mencemburui kita tetapi masa juga yang akan mempertemukan kita kembali. Sepanjang perpisahan ini, jagalah dirimu sebaiknya. Sampai jumpa nanti, selamat tinggal! 





MAJLIS PERSARAAN GURU (CIKGU KHAIRUL BARIAH, CIKGU ROSIFAH, USTAZAH ROHAYA)

        SK Taman Tuanku Jaafar 2 merakamkan setinggi perhargaan dan jutaan terima kasih kepada Cikgu Khairul Bariah, Cikgu Rosifah, Ustazah Rohaya atas segala komitmen, inisiatif dan amanah yang dijalankan selama bergelar pendidik umumnya dan selama berkhidmat bersama-sama di SKTTJ2 khasnya. Hanya Allah SWT sahaja yang dapat membalas segala budi baik cikgu selama bergelar pendidik.

        Seluruh warga SKTTJ2 mengucapkan “SELAMAT BERSARA” buat cikgu-cikgu dan kami doakan agar cikgu sentiasa dikurniakan kesihatan terbaik dalam menjalani kehidupan selepas persaraan dengan penuh kebahagiaan dan kegembiraan.










mbiraan.

Wednesday, August 17, 2022

LAWATAN KHIDMAT BANTU PPD

 Pada 17 Ogos 2022, SKTTJ2 berasa sangat bertuah kerana dikunjungi oleh pegawai PPD bagi khidmat bantu pertandingan Anugerah Penilaian Pusat Sumber Tahun 2022 Peringkat Negeri. 

Pelbagai panduan dan nasihat yang diberikan untuk penambahbaikan sebelum menjelang hari penilaian pada 23 Ogos 2022.



Thursday, August 11, 2022

KAMPUS TV ASTRO

        Perpustakaan Al-Farabi dilengkapi dengan KAMPUS TV ASTRO. Murid-murid boleh menonton tv sewaktu rehat atau bersama guru sewaktu PdPc. KAMPUS TV ASTRO menyediakan sajian mengikut mata pelajaran. Terdapat jadual untuk waktu siaran mengikut kesuaian dan keperluan murid.





KEMUDAHAN KOMPUTER PERPUSTAKAAN AL-FARABI

       Perpustakaan Al-Farabi menyediakan beberapa buah komputer untuk memudahkan murid mengakses maklumat pada bila-bila masa. Murid juga boleh mengisi e-Nilam dan membaca buku dari Rak Maya. Selain itu murid didedahkan dengan asas penggunaan komputer sesuai dengan pembelajaran abad ke-21.

  








Permainan Kecil Dalam PSS SKTTJ2

Perpustakaan Al-Farabi dilengkapi bahan untuk Permainan Kecil bagi menambah kemahiran berfikir dan komunikasi dalam kalangan murid.

Murid sangat seronok mengaplikasikan kemahiran dan belajar sambil bermain dengan bahan yang disediakan oleh Pusat Sumber Sekolah.